Selamat datang ke Laman Web Rasmi Fakulti Sains Sosial Gunaan, Kampus Gong Badak, UniSZA

Pertanyaan?

09-668 8827

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Pengenalan

Kampus Hijau merujuk kepada kampus (dan warganya) yang cakna dengan budaya lestari dalam melaksanakan pengurusan dan aktiviti secara sistematik, bermatlamat serta berterusan. Ia juga adalah sinergi kepada amalan mesra alam dan pendidikan untuk mempromosikan amalan lestari serta mesra alam dalam universiti. Selain itu, kampus hijau membawa maksud universiti aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lestari. Kelestarian kampus merupakan satu agenda utama pengurusan universiti dalam memastikan kesejahteraan, keselesaan dan keselamatan warga unisza serta pada masa yang sama membawa agenda SDGs demi kepentingan sejagat

Sementara itu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah meningkat pada kedudukan ke-345 dunia bagi tahun 2022 berbanding kedudukan ke-487 pada 2021 dalam penarafan Ranking Universiti Dunia UI-Greenmetric (UIGM World University Ranking). UI GreenMetric World University Ranking merupakan satu sistem penilaian kendiri untuk iltizam pelestarian kampus dan alam sekitar berdasarkan enam skop utama iaitu infrastruktur, tenaga dan perubahan cuaca, sisa buangan, air, pengangkutan dan pendidikan. Ianya diusahakan oleh kampus institusi pengajian tinggi seluruh dunia yang telah diilhamkan dan dikelolakan oleh Universitas Indonesia (UI) sejak 2010 (rujuk https://greenmetric.ui.ac.id/about/welcome). Penarafan ini sekali gus menjadi penanda aras dalam meningkatkan kelestarian kampus selain memberi nilai tambah dan keunikan dari aspek pengurusan alam sekitar.

Hubungi Kami

Fakulti Sains Sosial Gunaan
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8827
  09-668 7895
  fssg@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Waktu Operasi

Ahad hingga Rabu
8.30 am - 12.30 pm
2.30 pm - 4.30 pm

Khamis
8.30 am - 12.30 pm
2.30 pm - 4.00 pm

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum
Tutup