Selamat datang ke Laman Web Rasmi Fakulti Sains Sosial Gunaan, Kampus Gong Badak, UniSZA

Pertanyaan?

09-668 8827

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Falsafah Penyelidikan FSSG

Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) adalah fakulti yang mengutamakan penyelidikan berakademik, berdaya saing, dan terkini dalam empat teras utama iaitu Antropologi dan Dakwah, Kerja Sosial, Pelancongan, dan Persekitaran/Alam Sekitar. FSSG mengamalkan pendekatan penyelidikan yang holistik dan multidisiplin yang berbentuk “Applied” atau “Gunaan”, dengan tujuan menerokai isu-isu penting dalam masyarakat serta memberikan sumbangan yang bermakna kepada perkembangan ilmu, pembangunan sosial dan kelestarian alam.

Falsafah Penyelidikan FSSG:

Akademik Berasaskan Kepakaran:

FSSG percaya bahawa penyelidikan haruslah bersandar kepada kepakaran dan kecemerlangan ilmiah. Kami mengutamakan penyelidikan yang berasaskan kepada teori-teori terkini serta metodologi penyelidikan yang sahih. Ini membantu memastikan bahawa hasil penyelidikan yang dihasilkan mempunyai nilai akademik yang tinggi dan memberikan pandangan mendalam terhadap isu-isu yang dikaji.

Berdaya Saing dan Inovatif:

FSSG menyedari bahawa dunia penyelidikan bersifat dinamik dan sentiasa berubah serta berkembang. Oleh itu, kami sentiasa mencari pendekatan-pendekatan baru dan inovatif dalam menjalankan penyelidikan. Ini termasuklah meneroka metodologi penyelidikan yang baru, mengadaptasi/menggunakan (Applied) teknik-teknik terkini kepada permasalahan semasa yang merentasi bidang, dan mengintegrasikan cabaran-cabaran semasa dalam penyelidikan kami.

Multidisiplin dan Kolaboratif:

FSSG mengiktiraf kepelbagaian ilmu sosial dan kepentingan kerjasama lintas disiplin. Kami menggalakkan penyelidik-penyelidik dari pelbagai bidang ilmu untuk bekerjasama dan bertukar pendapat, kerana kami percaya bahawa pandangan yang berbeza dapat memberikan pandangan yang lebih komprehensif terhadap isu-isu sosial dan persekitaran yang kompleks.

Relevan dan Berfokuskan kepada Penyelesaian:

Penyelidikan di FSSG tidak hanya tentang mendapatkan pengetahuan, tetapi juga tentang memberikan penyelesaian kepada cabaran-cabaran sosial dan alam sekitar. Kami berusaha untuk menjadikan hasil penyelidikan kami relevan dengan keperluan masyarakat dan negara, dengan menghasilkan cadangan-cadangan yang praktikal dan berpotensi untuk membawa perubahan positif.

Etika, Iman dan Tanggungjawab Sosial:

Kami memahami tanggungjawab sosial sebagai penyelidik dan akademik. Oleh itu, penyelidikan di FSSG dijalankan dengan telus, adil, dan beretika yang berpaksikan “Iman”. Kami mengambil kira impak sosial dari penyelidikan kami dan berusaha untuk menjana kesedaran serta perubahan yang positif dalam masyarakat.

Falsafah penyelidikan di FSSG mewakili semangat kami untuk menyumbang kepada pengetahuan, pembangunan, dan kelestarian dalam masyarakat dan alam sekitar. Dengan berpegang kepada prinsip-prinsip ini, kami berusaha untuk terus menjadi pusat penyelidikan yang berprestasi tinggi dan memberi impak yang signifikan dalam bidang sains sosial gunaan.

Hubungi Kami

Fakulti Sains Sosial Gunaan
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8827
  09-668 7895
  fssg@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Waktu Operasi

Ahad hingga Rabu
8.30 am - 12.30 pm
2.30 pm - 4.30 pm

Khamis
8.30 am - 12.30 pm
2.30 pm - 4.00 pm

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum
Tutup